Antaranya :
- Kalau susu beku yang dah dikeluarkan, boleh ke nak bekukan balik?
- Kalau bayi minum tak habis, boleh ke simpan & panaskan semula?
- Macam mana nak cairkan & panaskan susu EBM yang dah beku?

Jadual di atas boleh dirujuk di website KellyMom dan juga dimuat turun secara percuma untuk kegunaan peribadi.
Tips Tambahan Cara Penyimpanan Susu Perahan
1. Simpan Dalam Bekas atau Plastik Yang KecilSebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir. Ye lah kadang-kadang bayi ni menyusu sikit je.2. Catat Tarikh Setiap Perahan
Kalau kita bagi banyak terus; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.
Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.3. Cairkan Dengan Perlahan-lahan
Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir.4. Jangan Campurkan Susu Perahan Sesuka Hati
Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).
Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.5. Cara Panaskan Susu Perahan
Contoh #1; Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.
Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.
Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).
Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.
P.s. – Adakah anda menghadapi masalah susu merudum? InsyaAllah Set Penyusuan Shaklee boleh membantu anda


Nor Diana Azam
ID Shaklee : 956213
SMS/Watsapp/wechat : 013-6191908