Rabu, 22 Januari 2014

Sakit Tapak Kaki dan Tumit

  Assalamualaikum wbt..

Terbaca satu blog http://syokcariduit.blogspot.com dan rasa ingin berkongsi kepada rakan-rakan blog saya mengenai tajuk ini.
 
Banyak kali saya dengan dikalangan rakan-rakan saya dengar rungutan tentang sakit dibahagian tapak kaki @ tumit. Malah saya juga turut mengalaminya suatu ketika dahulu. Jadi disini ingin dihuraikan punca mengapa ia terjadi.
 
Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki 
   -Berat badan berlebihan
   -Ibu hamil (Pertambahan berat badan menyebabkan tekanan dan sakit tumit kaki)
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak

Bagaimana mencegahnya ? 
  • Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai. 
  • Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
 
Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.
 
Bagaimana merawat dan mencegahnya ? 
  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Caranya dengan balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . 
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.  
     
  • Pengambilan Kalsium dan magnesium tambahan untuk sakit tumit. Ostematrix mempunyai kedua-dua ini.
 
Hubungi saya untuk mendapatkan rangkaian produk shaklee
Nor Diana Azam
ID Shaklee : 956213
sms/watsapp : 012-6191908
 

Jumaat, 17 Januari 2014

Peppermint Ginger Plus Shaklee

Salam Pembaca Budiman,
Hari ini saya dengan suke hatinya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca budiman mengenai satu lagi produk Shaklee yang tidak kurang hebatnya juga iaitu "PEPPERMINT GINGER PLUS"

Untuk pengetahuan pembaca semua, produk ini menjadi pilihan ramai pengguna diluar sana kerana kebaikkannya terutama kepada pengguna yang mempunyai masalah seperti berikut:  
  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness 
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat  
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin 
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut  
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan 
  • Melegakan sakit ketika haid
(credit blog : http://tipsihatselalu.blogspot.com)

 

Dalam Peppermint Ginger Plus mengandungi daun pudina, halia, pokok adas (fennel) dan cekur manis (anise).

Antara manfaat Peppermint Ginger adalah:

Pudina
1. Melegakan otot perut yang mempunyai kesan penenang.
2. Membantu dalam penghadaman, melegakan gastric, pedih ulu hati 
    dan cirit birit.
3. Pengambilan pudina boleh menyebabkan peluh dan ini sangat baik 
    untuk menyekat demam apabila dijangkiti selesema.

Halia
1. Bertindak meransang rembesan enzin Salvia untuk percernaan makanan.
2. Bertindak melegakan ketidakselesaan perut dan usus, rase mual ketika awal kehamilan 

Pokok Andas (fennal)
Bertindak untuk melegakan sakit perut, gejala flu serta masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis (Anise)
Meransang rembesan jus gastric untuk percernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit serta memberi peredaran tenaga dalam badan.
(credit blog : naturavitamina.blogspot.com) 



 Aturan Permakanan Peppermint Ginger Plus

a) Untuk masalah Gastik/batuk 
 - 3-5 biji boleh dilarutkan dalam air panas  untuk teh herba

b) Masalah Penghadaman
 - makan 3 biji selepas makan 

c) Untuk cuci perut/usus
 - larutkan 3 biji pappermint plus bersama 10 alfalfa dalam air suam untuk diminum

d) Legakan tekak,sedawa, batuk
 - hisap 2 biji


mcm menarik je? berminat nk dapatkannya??

boleh hubungi saya/sms/watsapp: 012-6191908
Nor Diana binti Azam
SID : 956213

Rabu, 8 Januari 2014

SET RAMBUT GUGUR SHAKLEE


Salam semua pembaca blog budiaman,
Emm... sedar tak sedar dh masuk tahun baru 2014. Rasanya belum terlambat untuk wish Selamat Tahun Baru kepada rakan2 budiman semua.

Hari ini saya nk bercerita sedikit mengenai masalah rambut gugur nie.
Kebelakangan ini saya sering berdepan dgn masalah rambut gugur (simptom ibu lepas bersalin. almaklum la br 6 bulan bersalin). Sana sini kt rumah saya tu ada je rambut. Dek sbbkan dh x tahan hari2 kene menyapu rambut yg gugur tu, so saya pun mula lah mengoogle apa-apa yang berkaitan dengan mslh ini sehingga la terjumpa dengan blog : Ibu_adib vitamin store
 
"Masalah keguguran rambut adalah perkara biasa yang dialami oleh lelaki yang berusia dan wanita terutamanya yang baru melahirkan anak..Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku ,antaranya ialah :

1. Penurunan Mendadak Estrogen Selepas Bersalin

Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbuhan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.


2. Pengambilan Makanan Berproses Sebagai Diet Harian
Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.

3. Stress
Stress memerlukan banyak B-complex, stress menyebabkan sekatan pada salur darah (saluran menjadi sempit) yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut

4. Bahan Kimia Dalam Produk Rambut
Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam-macam iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk-produk ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.

Tetapi anda semua tidak perlu risau kerana Shaklee menawarkan set untuk mengatasi masalah keguguran rambut iaitu :

Vitalea (multivitamin dan multimineral)
B-Compleks
Zinc 
ESP

Berikut pula adalah set penjagaan rambut Shaklee yang bebas kimia dan dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi:

Untuk keguguran rambut:

1.Revitalizing Shampoo
2.Lightweight Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment 
(note : set ni boleh digunakan secara harian)

Untuk rambut berkelemumur, gugur, bercabang, rosak dan berminyak:
1.Purifying Shampoo
2.Replenishing Condition
3.Nourishing Scalp Treatme
(note : set ni utk kegunaan 1-2 kali seminggu..bukan harian)









 
Sebarang persoalan/berminat, bolehlah menghubungi 
saya/sms/watsapp saya:
012-6191908
Nor Diana binti Azam
ID Shaklee : 956213