Khamis, 13 Februari 2014

Doa dan Amalan Untuk Memperolehi Zuriat

 Assalamualikum wbt

Terbaca salah satu artikel.

:: Doa dan Amalan Untuk Memperolehi Zuriat oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood ::
Anda sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata? Sedang mencari doa & amalan supaya mudah mendapat zuriat? Istimewa untuk anda, kali ini saya ingin berkongsi doa & amalan yang boleh anda amalkan bagi mendapat zuriat, seperti yang dicadangkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dari rancangan Semanis Kurma. Bagi pembaca bukan Islam, anda boleh amalkan mana-mana tips yang tidak bertentangan dengan agama anda.

Jom amalkan!

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar.
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat.
Khusus untuk suami, banyakkan berpuasa sunat. Sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan. Elok juga berpuasa pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s.

3. Banyak berdoa.
Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus supaya anda cepat mengandung.

4. Banyak membaca al-Quran.
Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya. Surah-surah dibawah merupakan surah pilihan untuk ibu mengandung, tetapi adalah sangat baik jika anda amalkan sejak mencuba untuk mengandung.


 * Supplemen sekadar makanan tambahan. Kita hanya berusaha, Hanya Allah yang maha mengetahui..Islam pun amat mengalakkan umatnya untuk berusaha.

Ingin dapatkan set kesuburan dr Shaklee?

Hubungi saya : 
012-6191908
Nor Diana binti Azam
SID : 956213

Tiada ulasan: