Jumaat, 6 Jun 2014

Vitamin E dan Kebaikkannya

Assalamualaikum..

Sudah agak lama saya tidak menulis sesuatu di blog ini.
Emm... agak busy kebelakangan ini. Tambahan pula, saya baru je bertukar kerja. 
Cume environment baru ...hehehe

Ok, hari ini tergerak hati nk kongsi sesuatu dari Shaklee...
Memandangkan bulan ini bulan Promosi VITAMIN E, so, kita belek2 info berkaitan dengan Vitamin E ini.






Khasiat lain Vita E
  • cegah kanser pundi kencing
  • perlahankan kehilangan memori dlm Alzheimer's
  • masalah senggugut
  • PMS
  • masalah saraf selepas kemoterapi
  • kurangkan risiko ischaemic stroke
  • masalah nonalcoholic steatohepatitis (radang hati)
  • age related macular degeneration, sejenis pnykt mata (combine with vita c, beta carotene n zinc)
  • rheumatoid artritis
  • kemandulan lelaki 
# Tapi perlu elakkan vita e pada pesakit yang ambil ubat pencair darah spt aspirin, heparin, warfarin dll kerana risiko pendarahan

Khasiat Vita E kpd kulit
  • kurangkan kedutan dgn caramenghalang kerosakan akibat radikal bebas, merangsang penghasilan kolagen, menggalakkan penghasilan sel kulit baru
  • melembapkan kulit
  • merangsang penyembuhan kulit
  • memperbaiki pigmentasi
  • kurangkan risiko kanser kulit
# Kesan terbaik utk kulit bila ambil 400 IU Vita E bersama 100-200 mcg Selenium.. Vita E Shaklee

 Masalah kurang Vita E jarang berlaku. Namun begitu simptom2 kurang vita E terbahagi kpd simptom di kalangan bayi, kanak2 dan dewasa.

Simptom pada bayi

  • masalah abnormaliti struktur otak
  • kurang berat
  • masalah pemakanan
  • perkembangan mental dan fizikal terbantut
Simptom pada kanak2
  • masalah saraf, imbangan badan
  • otot mata lemah
  • lemah otot
  • masalah percakapan
Simptom pd dewasa
  • masalah saraf
  • kemandulan
  • katarak
  • anemia

    Hubungi saya/watsapp/sms : 012-6191908
    Nor Diana binti Azam
    SID No : 956213

Jumaat, 21 Februari 2014

Fabroid dan Wanita



MENGAPA WANITA TUMBUH FIBROID?

Apakah Ketumbuhan Fibroid?

Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. 

Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa.

Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

 Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.



Mengapa Tumbuh Fibroid?


Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.


Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.



Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.



Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon

Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogenmeningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.


                                                  Apakah gejala Fibroid? 

Apakah Gejala-gejala Fibroid?Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen. Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.


Tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.


Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.



Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan


Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.



Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya. Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.



Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing. Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.



Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)


Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.



Apakah Fibroid Perlu Dirawat? 
 tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.



Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.



Fibroid Dirawat Secara Pembedahan.Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.



Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakanmyomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.



Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.



Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)


Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.



Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.



Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon.Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.



Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.



Akhir kata,  ingin saya tekankan sekali lagi, bahawa fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering berlaku di dalam rahim wanita tetapi puncanya tidak diketahui. Ia bukan ketumbuhan kanser dan jarang menyebabkan kematian tetapi ia boleh menimbulkan beberapa gejala termasuk gangguan haid, kekurangan darah, ketidaksuburan, gangguan perkencingan dan sebagainya. Setakat ini tidak ada ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan ini. Rawatan yang mutlak baginya ialah pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut sama ada ketumbuhan itu disertai dengan pembuangan rahim atau hanya pembuangan ketumbuhan sahaja. Umur empat puluhan ialah tahap umur yang sering diserang dengan masalah ketumbuhan fibroid.




TERDAPAT PRODUK SHAKLEE YANG DAPAT MENYUBURKAN SEORANG WANITA UNTUK CEPAT HAMIL:



GLA SHAKLEE

- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 
. mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh 
menghalang proses kehamilan


ALFAFA SHAKLEE

Diambil oleh waniota, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau tatkala didatangi haid (makan alfafa bersama kalsium) dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak sebagai kacip fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan ALFAFA membantu di dalam masalah PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)

(kredit blog : http://doktor-sihat.blogspot.com

Ingin mendapatkan produk-produk shaklee? hubungi saya !
I'M shaklee distributor
Nor Diana binti Azam
SID : 956213
012-6191908


Khamis, 13 Februari 2014

Doa dan Amalan Untuk Memperolehi Zuriat

 Assalamualikum wbt

Terbaca salah satu artikel.

:: Doa dan Amalan Untuk Memperolehi Zuriat oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood ::
Anda sedang berusaha untuk mendapatkan cahayamata? Sedang mencari doa & amalan supaya mudah mendapat zuriat? Istimewa untuk anda, kali ini saya ingin berkongsi doa & amalan yang boleh anda amalkan bagi mendapat zuriat, seperti yang dicadangkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dari rancangan Semanis Kurma. Bagi pembaca bukan Islam, anda boleh amalkan mana-mana tips yang tidak bertentangan dengan agama anda.

Jom amalkan!

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar.
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat.
Khusus untuk suami, banyakkan berpuasa sunat. Sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan. Elok juga berpuasa pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s.

3. Banyak berdoa.
Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus supaya anda cepat mengandung.

4. Banyak membaca al-Quran.
Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya. Surah-surah dibawah merupakan surah pilihan untuk ibu mengandung, tetapi adalah sangat baik jika anda amalkan sejak mencuba untuk mengandung.


 * Supplemen sekadar makanan tambahan. Kita hanya berusaha, Hanya Allah yang maha mengetahui..Islam pun amat mengalakkan umatnya untuk berusaha.

Ingin dapatkan set kesuburan dr Shaklee?

Hubungi saya : 
012-6191908
Nor Diana binti Azam
SID : 956213

Rabu, 12 Februari 2014

Set Perut Buncit

Entri kali ni saya nak share cerita tentang PERUT BUNCIT.
Hahhh bagi kaum-kaum adam tengok perut anda sekarang!
Buncit tak?
Ladies,uols pun boleh tengok perut..Ahaks!

Penyebab Perut Buncit.
  1. Pengambilan makanan yang berkarbohidrat dengan indeks glisemik yang tinggi secara berlebihan.(Roti putih,biskut,mee,makanan segera)
  2. Pengambilan minuman manis dan bergula tinggi.
  3. Tidur selepas makan juga mendorong kepada perut menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak berfungsi dengan baik semasa tidur dan glukosa yang terhasil dari penghadaman akan terus disimpan sebagai lemak dalam abdomen.
  4. Suka meminum alkohol.
  5. Stress.
  6. Merokok.Rokok boleh menganggu  dan menjejaskan aktiviti penghadaman.Tabiat merokok selepas makan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
  7. Umur semakin meningkat. 
 Credit to blog: vitaminlovers
 
Antara cara untuk mengempiskan kembali perut yang buncit ialah:-
  1. Ikuti diet pemakanan yang betul sesuai dengan keperluan usia anda
  2. Elakkan minum sambil berdiri
  3. Elakkan makan bersulam minum
  4. Minum sedikit demi sedikit iaitu 2-3 kali teguk untuk setiap helaan nafas.
  5. Ambil makanan rendah kalori
  6. Makan makanan yang penuh serat
  7. Makan perlahan-lahan
  8. Jangan makan junk food
  9. Jangan makan lewat malam
  10. Kurangkan minuman bergula dan soda
  11. Senaman

Boleh juga lakukan Teknik Kempiskan Perut 60 Saat - Mudah dan Berkesan

Caranya kempiskan perut anda selama 60 saat dan lepaskan. Lakukan dengan kerap. Bila kerap buat senaman kempiskan perut ni, otot bahagian perut ni akan 'bekerja' dan otot yang seperti spring kendur akan menegang kembali dan otot perut kelihatan pejal.
Mudah sangat-sangatkan. Boleh guna teknik kempiskan perut ni sambil kita duduk depan komputer, sambil bawak kereta tersangkut plak ditengah 'jam' boleh buat senaman kempiskan perut. Sambil tengok wayang dengan suami boleh juga curi-curi buat senaman kempiskan perut. Orang lain tak nampak pun ^_^.
Credit to: Norita Idris

Nak lagi mudah?? Dapatkan Omega Guard Shaklee  yang kaya dengan omega 3 yang membantu memecahkan lemak-lemak degil diperut. Untuk dapatkan kesan yang lebih maksimum, ambil bersama Herb Lax yang bertindak sebagai agen pembersihan yang lembut untuk memudahkan pergerakan usus.

 Omega

  •  berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisma
  •  kajian dilakukan di Jepun & Czech Republic mencadangkan bahawa omega 3 mampu  menghalang pembentukan lemak badan hodoh & menggalakkan  pembakaran lemak dengan cepat.
  •  Satu kajian di Australia menunjukkan pembakaran lemak yg lebih tinggi semasa senaman dilakukan  apabila mengambil omega 3 berbanding mereka yg tidak mengambilnya semasa bersukan membantu masalah perut buncit dan obesiti.
Herb lax

  • Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.
  • Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
  • Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.
  • Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut seterusnya memgempiskan perut buncit. ..
  • Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba..

So apalagi kawan-kawan.. jika ada yang mengalami masalah perut buncit, jangan segan-segan hubungi saya untuk dapatkan omega guard. InsyaAllah membantu perut anda kempis kembali. 



sila hubungi saya untuk mendapatkannya
Nor Diana binti Azam
SID : 956213
SMS/Watsapp : 012-6191908

Promosi Februari : VITALEA

Assalamualaikum wbt

Promotion shaklee kembali lagi. Bulan ini  VITALEA !!!

Apa yang bestnya VITALEA nie?? Let's check it Out .....

Artikel ini dipetik dari majalah I-SIHAT 

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalam jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.


Siapa Memerlukan Multivitamin

VITA-LEA SHAKLEE- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan 
   kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin


PERHATIAN
Produk ini tidak sesuai diambil oleh pesakit SLE, thalassemia.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi saya,
Nor Diana binti Azam
SID : 956213
SMS/Watsapp : 012-6191908

Rabu, 22 Januari 2014

Sakit Tapak Kaki dan Tumit

  Assalamualaikum wbt..

Terbaca satu blog http://syokcariduit.blogspot.com dan rasa ingin berkongsi kepada rakan-rakan blog saya mengenai tajuk ini.
 
Banyak kali saya dengan dikalangan rakan-rakan saya dengar rungutan tentang sakit dibahagian tapak kaki @ tumit. Malah saya juga turut mengalaminya suatu ketika dahulu. Jadi disini ingin dihuraikan punca mengapa ia terjadi.
 
Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki 
   -Berat badan berlebihan
   -Ibu hamil (Pertambahan berat badan menyebabkan tekanan dan sakit tumit kaki)
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak

Bagaimana mencegahnya ? 
  • Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai. 
  • Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
 
Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.
 
Bagaimana merawat dan mencegahnya ? 
  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Caranya dengan balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . 
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.  
     
  • Pengambilan Kalsium dan magnesium tambahan untuk sakit tumit. Ostematrix mempunyai kedua-dua ini.
 
Hubungi saya untuk mendapatkan rangkaian produk shaklee
Nor Diana Azam
ID Shaklee : 956213
sms/watsapp : 012-6191908
 

Jumaat, 17 Januari 2014

Peppermint Ginger Plus Shaklee

Salam Pembaca Budiman,
Hari ini saya dengan suke hatinya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca budiman mengenai satu lagi produk Shaklee yang tidak kurang hebatnya juga iaitu "PEPPERMINT GINGER PLUS"

Untuk pengetahuan pembaca semua, produk ini menjadi pilihan ramai pengguna diluar sana kerana kebaikkannya terutama kepada pengguna yang mempunyai masalah seperti berikut:  
  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness 
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat  
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin 
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut  
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan 
  • Melegakan sakit ketika haid
(credit blog : http://tipsihatselalu.blogspot.com)

 

Dalam Peppermint Ginger Plus mengandungi daun pudina, halia, pokok adas (fennel) dan cekur manis (anise).

Antara manfaat Peppermint Ginger adalah:

Pudina
1. Melegakan otot perut yang mempunyai kesan penenang.
2. Membantu dalam penghadaman, melegakan gastric, pedih ulu hati 
    dan cirit birit.
3. Pengambilan pudina boleh menyebabkan peluh dan ini sangat baik 
    untuk menyekat demam apabila dijangkiti selesema.

Halia
1. Bertindak meransang rembesan enzin Salvia untuk percernaan makanan.
2. Bertindak melegakan ketidakselesaan perut dan usus, rase mual ketika awal kehamilan 

Pokok Andas (fennal)
Bertindak untuk melegakan sakit perut, gejala flu serta masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis (Anise)
Meransang rembesan jus gastric untuk percernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit serta memberi peredaran tenaga dalam badan.
(credit blog : naturavitamina.blogspot.com) 



 Aturan Permakanan Peppermint Ginger Plus

a) Untuk masalah Gastik/batuk 
 - 3-5 biji boleh dilarutkan dalam air panas  untuk teh herba

b) Masalah Penghadaman
 - makan 3 biji selepas makan 

c) Untuk cuci perut/usus
 - larutkan 3 biji pappermint plus bersama 10 alfalfa dalam air suam untuk diminum

d) Legakan tekak,sedawa, batuk
 - hisap 2 biji


mcm menarik je? berminat nk dapatkannya??

boleh hubungi saya/sms/watsapp: 012-6191908
Nor Diana binti Azam
SID : 956213