MENGAPA WANITA TUMBUH FIBROID?
Apakah
Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang
berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya,
rahim mempunyai tiga lapisan.
Lapisan paling luar ialah lapisan yang
nipis yang dinamakan serosa.
Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau
myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita
sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum
bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah
bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.
Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu
ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu
berserat atau tisu penyambung.
Lapisan
paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah
mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka
sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar
bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah
dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta
kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan
“darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia
keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai
orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada
lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah
diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang
lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25
peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit
fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat
rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan
sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang
mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan
wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang
berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering
menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah
ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka
juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana
darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai
masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana yang
timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah
diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering
berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang
pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid.
Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga
puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka
telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka
mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka
mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila
diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.
Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang
mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada
ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa
wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron.
Biasanya, estrogenmeningkat naik sejurus selepas haid dan paras
progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu
selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan
yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak
mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan
berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa,
ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau
kemandulan.
Sukar
untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi
tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang
dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi
kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan
rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka
rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan
progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering
dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan
dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh
itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim
serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang
bekerja.
Tidak ada
bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi
oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan
kuman.
Apakah gejala Fibroid?
Apakah Gejala-gejala Fibroid?Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen. Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.
Tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
Bagi
wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula,
eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid,
rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini
ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur
dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya.
Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang
mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan
rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid
boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di
kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah
beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan
pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami
masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang
mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga
wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
Tetapi, di
antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid
terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan
keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala
menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang,
melintang atau sebagainya. Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana
ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke
rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala
mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di
samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi.
Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan
fibroid pada rahim.
Fibroid
Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing. Pundi-pundi air kencing terletak
sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di
hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi
air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi
air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti
kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala
wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau
bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air
kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah
perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini
disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid
kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita
yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas
berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk
melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum.
Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam
hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.
Apakah
Fibroid Perlu Dirawat?
tidak semua kes
fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau
gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang
menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan
mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen.
Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat
ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan
ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional
seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan,
khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang
ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan
untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan
menjadi satu penemuan yang luar biasa.
Fibroid
Dirawat Secara Pembedahan.Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya
yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan
darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan
perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah
pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang
doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang
penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak,
dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau
tidak.
Bagi
wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang
mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut
di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini
dinamakanmyomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu,
pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita
itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20
ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola
tennis.
Pembedahan
untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala
menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula
dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu
lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang
sekaligus.
Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan
yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya
mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin
mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau
umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan
berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi.
Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya
seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini
memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan
sediakala.
Ramai juga
wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi
kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang
kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya,
seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu
melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut
sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim
hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan.
Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga
tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya
haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya
merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang
wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.
Kejelitaan
Dipengaruhi oleh Hormon.Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi
oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam
pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan
walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang ini
penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga
melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami
isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan
menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak
teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih
selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh
menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk
bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan
hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keadaan kesihatan
akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan berlaku lagi.
Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera
selepas pembedahan hysterektomi.
Ketumbuhan
fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim,
biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna
tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya
kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping
itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan
memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran
peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan
repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka
selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran
faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan
saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi
lebih kukuh lagi.
Akhir
kata, ingin saya tekankan sekali lagi, bahawa fibroid adalah ketumbuhan
yang paling sering berlaku di dalam rahim wanita tetapi puncanya tidak
diketahui. Ia bukan ketumbuhan kanser dan jarang menyebabkan kematian
tetapi ia boleh menimbulkan beberapa gejala termasuk gangguan haid,
kekurangan darah, ketidaksuburan, gangguan perkencingan dan sebagainya.
Setakat ini tidak ada ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan ini.
Rawatan yang mutlak baginya ialah pembedahan untuk membuang ketumbuhan
tersebut sama ada ketumbuhan itu disertai dengan pembuangan rahim atau
hanya pembuangan ketumbuhan sahaja. Umur empat puluhan ialah tahap umur
yang sering diserang dengan masalah ketumbuhan fibroid.
TERDAPAT PRODUK SHAKLEE YANG DAPAT MENYUBURKAN SEORANG WANITA UNTUK CEPAT HAMIL:
GLA SHAKLEE
- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.
. mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh
menghalang proses kehamilan
ALFAFA SHAKLEE
Diambil oleh
waniota, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu
atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau
senggugut/sakit pinggang yang melampau tatkala didatangi haid (makan
alfafa bersama kalsium) dan turut membantu dalam hubungan suami isteri
(bertindak sebagai kacip fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang
mengaitkan ALFAFA membantu di dalam masalah PCOS (Polycystic Ovary
Syndrome)
(kredit blog : http://doktor-sihat.blogspot.com
Ingin mendapatkan produk-produk shaklee? hubungi saya !
Nor Diana binti Azam
SID : 956213
012-6191908
Tiada ulasan:
Catat Ulasan